SEMPORNA: Lebih kurang 100 penduduk panik selepas beberapa kediaman musnah terbakar dalam satu kejadian di Kampung Panji Semporna petang tadi.

Kejadian yang turut dimuat naik secara langsung di Facebook itu berlaku kira-kira jam 6 petang Isnin.

Video tersebut juga memperlihatkan api menjulang tinggi ke udara memusnahkan kediaman penduduk.

Sementara itu, Balai Bomba Daerah Semporna ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 6.07 petang.

Sebuah jentera FRT, sebuah van EMRS dan 15 pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Turut membantu ialah sebuah jentera FRT bersama 10 anggota dari Balai Bomba Penyelamat Daerah Kunak selain dua buah bot bomba atas air semporna bersama 12 anggota.

Sehingga jam 8 malam, bomba masih berusaha memadam kebakaran dan masih belum terkawal.

Astro AWANI masih menunggu laporan lengkap berkaitan kejadian tersebut.